Pencemaran dan Bencana Alam
Sebelum saya pergi dengan lebih jauh saya mahu membetulkan pemahaman kita terhadap dua istilah yang sering disama ertikan iaitu "pencemaran alam" dan "bencana alam".
Sebenarnya kedua istilah ini membawa maksuyang bebeza dan dari segipunca,kesan dan cara-cara mengatasinya.
Pencemaran ialah apa-apa pebuatan yang mencemarkan alam sekitar mengikut tafsiran kamus dewan bahasa dan pustaka.Seterusnya, bencana alam pula kejadian semula jadi akibat daripada perbuatan manusia.Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa pencemaran alam merujuk kepada kita sebagai pelaku manakala bencana alam merupakan 'keadaan balas dendam' daripada alam terhadap alam itu sendiri kerana 'kesakitan' yang diperoleh daripada perbuatan manusia.
1. Pencemaran Alam
Sebenarnya alam ini kian tercemar angkara kita sendiri.Kerakusan kita manusia untuk mengejar kemewahan dunia menyebabkan kita mengabaikan keadaan alam atau lebih tepatnya bumi kita yang semakin nazak.
JENIS - JENIS PENCEMARAN
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang boleh mengancam kehidupan bumi. Antaranya adalah:
- Pencemaran udara iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera.
- Pencemaran air seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
- Pencemaran tanih/tanah iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
- Pencemaran radioaktif iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
- Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB
- Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
- Pencemaran terma iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
- Pencemaran Visual iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
Dasawarsa, kita sering dikejutkan dengan banyak kejadia bencana alam yang berlaku di serata duni.Hal ini demikian, menyebabkan beribu-ribu nyawa manusia yang berdosa dan tidak berdosa terkorban.Selain itu bencana ini juga menyebabkan kerugian harta benda yang mencecah berjuta-juta ringgit. Hal ini juga, sememangnya merugikan kerjaan kerana terpaksa mengeluarkan wang untuk membaikpulih kerosakan dan membayar wang pampasan atau ganti rugi.
Contoh bencana yang paling teruk berlaku dalam sejarah ialah kejadian tsunami yang berlaku di Acheh dan Jepun.Peristiwa tersebut sememangnya menyayat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelauhan’. Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan". Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave). Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.
![]() |
| bencana tsunami di Acheh pada 26 Disember 2010 |
![]() |
| bencana tsunami di Jepun pada 11 Mac 2011 |
Kesimpulannya, bencana ini sebenarnya adalah satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T yang mahu menguji ketabahan manusia ketika menghadapi musibah.Oleh itu kita hendaklah bersabar dan tingkatkan keimanan terhadap Allah S.W.T.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)



