Saturday, 23 August 2014

Tema 3:Hidup Bermasyarakat~Pencemaran dan Bencana Alam

Pencemaran dan Bencana Alam
        
           Sebelum saya pergi dengan lebih jauh saya mahu membetulkan pemahaman kita terhadap dua istilah yang sering disama ertikan iaitu "pencemaran alam" dan "bencana alam".
Sebenarnya kedua istilah ini membawa maksuyang bebeza dan dari segipunca,kesan dan cara-cara mengatasinya. 
            Pencemaran ialah apa-apa pebuatan yang mencemarkan alam sekitar mengikut tafsiran kamus dewan bahasa dan pustaka.Seterusnya, bencana alam pula kejadian semula jadi akibat daripada perbuatan manusia.Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa pencemaran alam merujuk kepada kita sebagai pelaku manakala bencana alam merupakan 'keadaan balas dendam' daripada alam terhadap alam itu sendiri kerana 'kesakitan' yang diperoleh daripada perbuatan manusia.
 1. Pencemaran Alam
          Sebenarnya alam ini kian tercemar angkara kita sendiri.Kerakusan kita manusia untuk mengejar kemewahan dunia menyebabkan kita mengabaikan keadaan alam atau lebih tepatnya bumi kita yang semakin nazak.
JENIS - JENIS PENCEMARAN

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang boleh mengancam kehidupan bumi.  Antaranya adalah:

  1. Pencemaran udara iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera.  
  2. Pencemaran air seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
  3. Pencemaran tanih/tanah iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
  4. Pencemaran radioaktif iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
     
  5. Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB
  6. Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
  7. Pencemaran terma iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
  8. Pencemaran Visual iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
2. bencana alam 
              Dasawarsa, kita sering dikejutkan dengan banyak kejadia bencana alam yang berlaku di serata duni.Hal ini demikian, menyebabkan beribu-ribu nyawa manusia yang berdosa dan tidak berdosa terkorban.Selain itu bencana ini juga menyebabkan kerugian harta benda yang  mencecah berjuta-juta ringgit. Hal ini juga, sememangnya merugikan kerjaan kerana terpaksa mengeluarkan wang untuk membaikpulih kerosakan dan membayar wang pampasan atau ganti rugi.
              Contoh bencana yang paling teruk berlaku dalam sejarah ialah kejadian tsunami yang berlaku di Acheh dan Jepun.Peristiwa tersebut sememangnya menyayat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
              Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelauhan’. Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan". Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave).  Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.

     
bencana tsunami di Acheh pada 26 Disember 2010
bencana tsunami di Jepun pada 11 Mac 2011


                 Selain itu terdapat juga beberapa bencana alam yang berlaku iaitu banjir, kebakaran, badai, taufan, gempa bumi dan sebagainya.Bencana ini juga tidak terkecualai membawa kepada kerugian yang besar malah juga memusnahkan habitat flora dan fauna.
                  Kesimpulannya, bencana ini sebenarnya adalah satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T yang mahu menguji ketabahan manusia ketika menghadapi musibah.Oleh itu kita hendaklah bersabar dan tingkatkan keimanan terhadap Allah S.W.T.













Tema 3: Hidup Bermasyarakat~Kesejahteraan Alam Tanggungjawab kita Bersama




  1. Kesejahteraan Alam Tanggungjawab Bersama
     Alam sekitar sebenarnya adalah anugerah yang terbesar dalam dunia selepas nikmat hidup. Alam sekitar seperti tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain memainkan peranan yang penting terhadap keseimbangan dunia ini.
     Seperti yang kita ketahui pada zaman millenium ini begitu banyak pencemaran dan kemusnahan yang berlaku kepada anugerah terindah ini.Manusia masa kini begitu rakus untuk memiliki kelebihan yang ada pada anugerah ini.Hal ini demikian kerana, hasil alam dapat memberikan pulangan yang menguntungkan kepada mereka.Bayangkanlah apa yang terjadi sekirannya alam sekitar kita musnah pastinya kecelakaan yang besar akan menimpa kita khususnya.
     Oleh itu, kita mestilah menghargainya dengan mengekalkannya dan menyayanginya.terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan kesejahteraan di samping memellihara alam sekitar.Perkara ini bukanlah sesuatu yang besar dan memerlukan tenaga yang ramai serta bersifat gempak.Namun, sekecil-kecil  perbuatan sebenarnya mampu membawa kepada sesuatu yang besar.

Perkara yang boleh kita lakukan sebagai pelajar terhadap alam sekitar;
  • memungut sampah yang dijumpai di mana-mana kemudian membuang ke dalam tong sampah.
  • menutup pili air ketika tidak menggunakannya
  • menggunakan botol air sendiri berbanding botol membeli botol air plastik
  • tutup pintu dan tingkap dengan rapat apabila menggunakan pendingin udara.
  • tutup lampu jika tidak menggunakannya.
  • amalkan 3R; Reuse, Reduce and Recycle
     

         Kesimpulannya kita sebenarnya mampu mengubah dunia ini hanya dengan melakukan perkara yang kecil namun memerlukan komitmen yang tinggi.Oleh itu, setiap anggota masyarakat hendak lah peka terhadap keperluan alam sekitar.


   
   


Tema 5:Malaysia Negara Berdaulat

          Setiap negara yang berdaulat pasti mempunyai pemerintahan tersendiri dan tidak terkecuali negara Malaysia.Setiap negara mempunyai corak pentadbirannya yang tersendiri. Negara Malaysia pula pemerintahannya bercorak demokrasi berparlimen.Negara kita dipimpim oleh Yang di-Pertuan Agong iaitu Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah.Di bawah baginda terdapat tiga badan kerajaan iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.Setiap badan ini mempunyaibidan kuasa dan peranannya yang tersendiri.




  •  Badan Perundangan-mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang
  •  Badan Eksekutif-golongan yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sesuatu organisasi
  • Badan Kehakiman-menjalankan segala perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan pengadilan.

Badan perundangan Malaysia

Badan Perundangan
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 

Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri. 

Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja Melayu. 

Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat. 

Dewan Negara
Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu. 

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda “telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator. 

Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik. 

Dewan Rakyat

Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri. 

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi). 

Badan Eksekutif Malaysia

BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)

Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang. 

Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong. 

Jemaah Menteri

Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut: 

a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan 

b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 

Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:- 

• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan; 

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan; 

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Sistem Kehakiman Negara Kita

Pelantikan Hakim 

Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. 

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. 

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Tema 5: Malaysia negara berdaulat~ Mengenal Kementerian Kita

            Pada era ledakan teknologi maklumat ini terdapat banyak cara untuk kita mengetahui kerajaan kita terutamanya melalui internet.Hanya dengan satu klik sahaja segala maklumat sudah berda di hujung jari.Oleh itu terdapat beberapalaman web yang boh kita rujuk seperti

  • http://www.mygov.com/
  • http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/
             Seterusnya kita sebagai rakyat ynag belajar di negara tanah tumpah darahku hendaklah mengetahui kementerian pelajaran Malaysia sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menguruskan pelajaran kita agar IQ kita setaraf dengan IQ pelajar luar negara.



Tema 6: Cabaran Masa Depan~Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa

Tema 6 : Cabaran Masa Depan~Ancaman Dalaman dan Luaran

          Peribahasa Melayu pernah berkata 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya'. Peribahasa ini sememangnya ungkapan yang tepat untuk menyifatkan negara Malaysia.Hal ini demikian kerana, keadaan negara yang dilihat di mata dunia sebagai sebuah negara yang aman dan bersatu padu tidak menghadapi masalah sebenarnya amat salah sekali.Negara mana yang tidak mempunyai masalah?Kalau ada mari sini kasi tahu saya.
          Malaysia sebagai sebuah negara yang biasa-biasa namun bercita-cita tinggi mahu ke angkasa ini pasti mempunyai cabarannya tersendiri.Tamsilnya, masalah politik, perpaduan kaum dan yang paling membimbangkan masalah sosial yang semakin berleluasa bak kata perpatah bagai cendawan tumbuh melata selepas hujan.
          Ancaman yang dihadapi negara Malaysia terbahagi kepada dua iaitu dalaman dan luaran.Ancaman dalaman ialah apa yang kita hadapi berasal daripada dalam negara kita sendiri.

Contoh ancaman dalaman dan kesannya


  1. Penyalahgunaan dan penyeludupan najis dadah
  • memusnahkan generasi yang menjadi harapan bangsa dan negara
  • menjejaskan kestabilan dan keharmonian masyarakat
  • menyebarkan penyakit yang berbahaya,gejala sosial,dan jenayah
    2.Kemasukan pendatang tanpa izin
  • meningkatkan kadar jenayah seperti 
  • menghuru-harakan masyarakat
  • menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan
    3.kegiatan sindiket pemalsuan
  • menyebabkan dokumen-dokumen penting seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan, sijil kelahiran, kad kredit, wang, dan sebagainya dipalsukan dengan berleluasa
  • menggugat keselamatan negara
  • menjejaskanekonomi negara
    4.pelbagai kegiatan jenayah
  • menimbulkan ketakutan akibat berlakunya pembunuhan,rompakan, keganasan dan sebagainya
  • menyebabkan pelancongasing bimang untuk datang
  • merosakkan imej negara pada mata dunia
      Seterusnya, ialah ancaman luaran.Bagi saya jenis ancaman ini ialah ancaman yang diasak kepada negara kita daripada negara luar.Ancaman luar ini terbahagi kepada beberapa cabang seperti ekonomi,politik,sosial dan alam sekitar


  1. Ekonomi
Jenis ancaman: Serangan mata wang
Kesan: Nilai ringgit jatuh dan ekonomi terjejas
Tindakan: Melaksanakan tambatan nilai ringgit dan perancangan ekonomi yang berhati-hati

     2. Politik
Jenis ancaman: kekacauandi negara jiran
Kesan: kemasukan pelarian ke Malaysia
Tindakan: Rundingan dan peningkatan kawalan sempadan

    3. Sosial
Jenis ancaman: Pengaruh budaya baratyang negatif
Kesan: Kejatuhan moral generasi muda
Tindakan: Penerapan nilai-nilai moral dan agama

   4. Alam Sekitar

Jenis ancaman: Peningkatan suhu dunia akibat aktiviti rumah hijau dan penipisan laisan ozon
Kesan: Suhu dunia semakin panas danterdedah kepada bahaya cahaya ultra ungu
Tindakan: Mengurangkan penggunaan aerosol dan bahan kimia dalam pertanian

          Selain itu, keganasan juga merupakan satu bentuk ancaman kepada negara malahan duni.Hal ini dibuktikan sendiri dengan keadaan dunia kini yang sedang sibuk saling menuduh antara satu sama lain mengenai keganasan yang berlaku di serata dunia.Tmsilnya, keadaan di negara Palestin yang semakin meruncung angkara perbuatan pihak Israel yang amat menghuru-harakan rakyatnya yang tidak berdosa.Entah bilalah keadaan ini akan berterusan dan semestinya hingga ke hujung dunia di saat keadilan menguasai dunia huruhara ini berhenti.
          Kesimpulannya, kita sebagai rakyat negara Malaysia yang dianugerahkan dengan keamanan hendaklah mensyukuri seadanya nikmat ini.Di samping itu, kita sebagai generasi muda hendaklah menghadapai dan menangani masalah anacaman daripada luar ini.Masalah dapat diatasi degn mengetahui puncuk pangkal puncanya.Berikut merupakan apa yang seharusnya boleh kita lakukan untuk memelihara keamana negara

  • bertolak-ansur antara satu sama lain
  • saling memahami
  • berbaik-baik antara satu sama lain
  • bergaul mesra tanpa prasangka
  • menolak sebarang keganasan
  • tidak mudah terpengaruhdengan fitnah

Friday, 22 August 2014

Tema 4: Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia

             Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang masyarakat.Hal inilah yang membuatkan Malaysia terkenal di serata dunia dengan keunikannya iaitu kepelbagaian kaum dan budaya.Setiap kaum ini mempunyai  adat tersendiri.Adat yang mahu saya ketengahkan di sini ialah adat berhias.Setiap wanita di dunia pastinya gemar berhias dan perhiasan.
            Inai merupakan budaya masyarakat di Malaysia.Pada asalnya inai merupakan adat utama masyarakat Melayu dan India.Inai ini biasanya di buat pada kaki atau tangan pengantin perempuan khususnya pada tangan dan kak sebelum upacara pernikahan.Namun demikian,amalan ini sudah berkembang dan menjadi tarikan pelbagai kaum.

                Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertimbang-rasa dan bertoleransi, kita hendaklah menghormati setiap adat dan budaya kaum lain di Malaysia.Hal inilah yang akan membuatkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup sepayung di bawah negara Malaysia.
               Seterusnya, setiap kaum juga mempunyai pantang larang tersendiri.Sebenarnya pantang larang inilah yang mencorak kepelbagaian budaya dan amalan rakyat Malaysia.Di sebalik pantang larang ini tersembunyi nilai pengajaran yang amat sopan tegurannya.

Pantang Larang Orang Melayu Beserta  Maksudnya
  1.  Tidak boleh makan berpindah tempat nanti kahwin ramai sebenarnya akan menyepahkan tempat lain sedangkan satu temapat dah sepah sedia maklum
  2. Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu masak nanti dapat suami yang tua sebenarnya tkut masakan hangus atau tak sedap sebab asyik sangat menyanyi
  3. Lepas makan curah sedikit air ke dalam pinggan nanti kering rezeki sebenarnya susah nak cuci pinggan kalau sisa makanan dah kering
  4. Jangan buka payung dalam rumah nanti ular masuk sebenarnya takut bucu payung yang tajam tu tercucuk mata nanti buta pulak jadinya
  5. Jangan duduk atas bantal nanti bisul sebenarnya tak sopan meletakkan punggung di atas bantal yang dignakan untuk melapik kepala
  6. Jangan menjahit waktu waktu senja nanti mata buta sebenarnya boleh membuat mata rabun atau rosak dan jarnm boleh tercucuk jari
  7. Jangan bersiul dalam rumah waktu malam nanti ular masuk sebenarnya bersiul tu dahlah bunyinya sumbang nanti mengganggu orang lain nak tidur.
Pantang Larang orang Cina
    1.Sewaktu Mengandung 
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
·         Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung.  Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.
·         Hindari Permasaalahan
Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

·         Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam
        2.Selepas Lahir
cina_3cina_2
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.
     3.Kenduri
cina3cina4
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
        4.Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
        5.Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
·         Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.
·         Bunyi nama mestilah sedap didengar.
·         Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
·         Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.
·         Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

Pantang larang Orang India
  1.SEWAKTU MENGANDUNG
kaapu1
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu’ danKaappu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali.
kaapu3
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
  2. SEMASA BERSALIN
Membisikkan Nama Tuhan 
ear1
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkanGayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.
Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.
Potong tali pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
Menyapu Madu
madu1
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.
    3.SELEPAS KELAHIRAN
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah (Upacara aalati)
sireh



  • Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam.
  • Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.
  • Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak.
  • Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalatidibuang.

  • Mandi Selepas Bersalin
    mandi1
    Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
    mandi2
    Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.
    Mendodoi Bayi
    Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.
    Pantang Larang Orang Iban
    Pengenalan
    Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
    Sewaktu Mengandung
    Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;
    1. • Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
    2. • Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.
    3. • Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
    4. • Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
    5. • Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.
    6. • Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.
    7. • Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.


    Pantang Larang Orang Melanau

    Pengenalan

    Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran. Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikut:

    >> Sewaktu Mengandung
    Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. 
    • Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. 
    • Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. 
    • Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.
    Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. 
    • Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing.
    • Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. 
    • Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. 
    • Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.
    •  Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.
    >> Selepas Lahir
    Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama.
    • Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya.
    • Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.
    • Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.
    • Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau.

    Wednesday, 13 August 2014

    Tema 2: Hubungan Kekeluargaan

          Keluarga. Apa yang anda tahu tentang keluarga?Pastinya yang bermain dalam kotak fikiran anda ialah seorang bapa,ibu dan anak-anak mereka.Ya!Itu sebenarnya aapa yang dikatakan sebuah keluarga.Selagi meeka  saling mempunyai hubungan antara satu sama lain hal demikian juga boleh dikatakan keluarga.
           Hidup dalam sebuah keluarga sebenarnya amat membahagiakan dan penuh dengan suka dan tawa di samping kenangan pahit atau manis. Hali demikian ,cuma dapat kita capai jika setiap anggota memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan sebuah kelurga yang sejahtera.
           Memainkan peranan masing-masing ialah seperti melak sanakan apa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas kita.Tamsilnya seorang bapa hendaklah mencari nafkah untuk menampung keperluan ahli keluarga yang lain dalam apa-apa aspek.Selain itu, memastikan ahli keluarga selamt juga merupaan tanggungjawab seorang bapa.
           Berikut merupakan apa yang sepatutnya kita lakukan untuk mewujudkan kebahagian dan kemesraan antara ahli keluarga agr seterusnya dapat melahirkan keluarga bahagia.

    • Peka terhadap keperluan anggota keluarga yang lain.
    • Menghormati anggota yang lebih tua dan menyayangi anggota yang lebih muda
    • Sentisa berterima kasih ke atas apa-apa yang dilakukan oleh anggota keluarga yang lain untuk memberikan kebahagian kepada anggota yang lain
         Kesimpulannya, hubungan yang erat antara ahli keluarga akn menjadikan hidup bekeluarga lebih bahagia dan penuh dengan kecerian.Oleh itu,hargailah apa yang kita ada da sayangilah kedua ibu bapa yang telah menjaga kita sedari kecil lagi.